Wednesday, December 28, 2011

Number Contact Center (Malaysia)

Kepada mereka yang mencari.. Nah!




TM Contact Center : 100 atau kalau nak pakai mobile, call  1300 888 123 . Dan jika call dari overseas boleh call +60322411290


TM Directory : 103


Streamyx Activation : 1300 886 888



UniFi Call Center :
1 300 88 1222 (pre sales)
1 300 88 1221 (current subscribers)




School Net Call Center : 1 300 88 2888


Wireless CANOPY : 1300 889515


Tabir Omega EVDO : 1300 881 100


Hotspot SME / Outlet : 1800 888 763 / 1800 882 646


Webhosting / Netmyne : 1060 / 1800 881 060


SSL VPN Technical / SOC Hotline :  1300 888 327


PRI, ISDN, JPE, DPQ, IOE : 1060 / 1800 881 060

HP NoteBook Call Center : 1 800 88 9799 


Model Olive Haier C700 : 1-300-88-3066/03-5126 2010

Model Hisense C1110 : 03-6142 4100 / email : eminentdisplay@yahoo.com

Saturday, December 24, 2011

Nikmati sebotol Tropicana Twister dengan PERCUMA!

Kepada yang suka benda free. Nah!



Nikmati sebotol Tropicana Twister dengan PERCUMA!
Dapatkan sebotol Tropicana Twister PERCUMA dengan hanya tmabah nilai RM30 & keatas dimana-mana cawangan Carrefour.

Bagaimana untuk melakukanya?
1) Reload sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit.
2) Serahkan resit di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Carrefour.
3) Pastikan pegawai perkhidmatan pelanggan di Carrefour mengesahkan resit tersebut.
4) Dapatkan sebotol Jus Buah-Buahan Tropicana Twister 355ml dengan PERCUMA!
Kunjungilah Carrefour hari ini!
Terma & Syarat
  • Promosi sah dari 1 Disember 2011 – 31 Januari 2012.
  • Sah untuk SEBOTOL (1) Jus Buah-Buahan Tropicana Twister 355ml.
  • Sah bagi reload RM30 dan ke atas dalam satu resit.
  • Reload hendaklah dilakukan melalui Mobility One di mana-mana cawangan Carrefour di seluruh negara.


p/s : maklumat telah diSalin&Tampal dari laman web celcom. sekian.

Friday, December 23, 2011

Parah!



aku tak faham macamne orang ni boleh berselera nak facebooking sambil ehem ehem..
tak tercapai akal ku!
parah..parah...

p/s : gambar culik dari faceook ujang.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Money says Earn me forget everything, 


Time says follow me forget everything, 


Future says struggle for me forget everything. 


"ALLAH" simply says only remember Me and I will Give you everything. 


SALAM MAAL HIJRAH everyone. 


p/s : sekarang ni aku nak buat entry pendek2 je. asal cukup syarat. saya adalah sibuk. sibuk. sibuk. sibuk. (ok macam tak de motif je kan nak ulang perkataan sibuk tu banyak2 kali) ok bye. sila jaga diri masing2!


Yang ikhlas sangat,
Timun Laut.

Sunday, October 9, 2011

Susah hati

Adik-adik,

"Susah Hati dengan sebab dunia akan menghitamkan hati
Susah Hati dengan DOSA akan memancarkan CAHAYA"

Jadi adik-adik,
kalau adik-adik nampak akak tengah susah hati sebab dunia contohnye seperti kerja,
silalah berikan tamparan wanita terhebat di abad ini pada akak dan katakan ayat diatas kepada akak ya.
sebab akak ni sering lalai dik, bila da kena lempang baru nak sedor agaknya. 
suka benau nak susah hati dan membebankan kepala hotak sendiri dengan perkara-perkara dunia. 
macam la hidup kat dunia ni lama beno ye dok.

ok akak nak pesan tu ja.
sekian,

pen merah,
pen biru,
you marah,
i love you.

p/s : kadang-kadang, satu tamparan itu lebih bermakna dari patblas juta kata-kata.


Saturday, May 28, 2011

Syukur!

Assalamu'alaikum..


Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi, di atas limpah kurnianya saya telah mendapat kerja setelah dua minggu menganggur dengan jayanya. Alhamdulillah! syukran2..


Kedua, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, sepupu sepapat, mokcik pokcik serta ibu bapa tercintas di atas segala sokongan serta dorongan yang hebat dari kamu semua. Terima kaseyyy!!! i love you muah muah!


Ketiga, saya berharap saya dapat melakukan yang terbaik dalam kerjaya saya yang baru ini. Semoga niat saya bekerja tidak terpesong dan sentiasa utuh, kukuh, gagah, solid, kental, perkasa, aum aummm!! Kerana sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat bak kata Rasulullah s.a.w.
:: Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ' Hanyasanya amalan2 itu adalah (bergantung) kepada niat, & hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah & RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah & RasulNya. Dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' ::


Sekian sahaja dari saya.


ewah3..amacam? sopan tak entry aku kali nih? keh keh keh
.
Saya sudahi entry ini dengan serangkap pantun!


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah janganlah tunjukkan aja, ajarkan la sekali!
ilebiu!

Tuesday, May 17, 2011

Sabar

Janganlah kamu takut untuk mendaki,
Kerna di puncak itu punya kenikmatan yang tak terungkap.


Janganlah kamu takut jika terjatuh,
Kerna kesakitan itu punya kenikmatan yang tersembunyi.


Sungguh untung orang beriman,
setiap kesakitan di kifarah dosa,
setiap kesedihan punya kenikmatan,
setiap ketentuan punya hikmah..


Maka bergembiralah orang-orang yang sabar.

Kata Tuhan: ‘Dan Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah, 155)


Maka,
Sabar la hoi! (kataku kepada diri sendiri)


dan berbahagialah! =)

Nukilan

Jangan jadi seteguh karang, kerana seteguh-teguh karang kan mati jua akhirnya, malah tika hidup pun ada yang kecewa, terdampar di pantai masih berwarna.
Jadilah seteguh masa, tidak menoleh kebelakang walau seketika. Tidak kecewa dan berundur walau apa jua. Tidak henti ke hadapan walau apa jua rintangan.


Nukilan: Aidi Aswadi

Saya tidak kenal siapa dia Aidi Aswadi.
Terjumpa nukilannya di blog Encik Hafez Iftiqar. Katanya, nukilan seorang sahabat.
Jatuh cinta dengan penulisannya, Jadi saya abadikan di blog saya =)
Err..tak salahkan?
Encik Aidi Aswadi, saya mintak izin!

p/s : penulisan seindah ini, saya jeles! dan saya suka!

Monday, May 16, 2011

Kisah Tauladan

::Kisah Abdul Gaffar dan Kambing::


"eh banyak pulak cengkadak kau kan" Kata Abdul Gaffar dengan nada yang agak kebengangan. Lalu Abdul Gaffar pon mencabut sebatang tiang letrik dan membalingnya ke arah kambing itu. Lantas kambing itu bertukar menjadi harimau dan menggigit kepala lutut Abdul Gaffar. Abdul Gaffar menangis dan terus berlari pulang ke rumah.. 


-The End- 


Moral of the story : 


Sayangi lah binatang.


“ Sesungguhnya Allah S.W.T sudah menetapkan agar berlaku ehsan kepada semua . Apabila kamu hendak membunuh , maka perelokkkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih , hendaklah perelokkan cara menyembelih “ Riwayat Muslim no.5167


“ Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran “  Hadith riwayat Bukhari , Muslim dan Ahmad


“ Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya) Hadith riwayat Bukhari , Ahmad dan Ibn Majah


-Kasihanilah sesiapa sahaja yang ada di bumi ini , nescaya kalian akan dikasihi oleh yang ada di langit-


Sekian, terima kaseyy!



p/s : errr sila abaikan cara penyampaian mesej dan fokus kepada intipati mesej itu ya. i love u!

Tuesday, May 10, 2011

Multimedia Message (MMS)

Sebenarnya agak banyak kelebihan yang aku dapat semasa bekerja di maxis.
Antaranya aku dapat belajar bagaimana untuk buat troubleshoot kalau customer punya masalah dengan device, network and service. Jadi bagi untuk mengelakkan aku lupa benda-benda yang aku belajar di maxis, maka adalah lebih baik aku kongsi benda tu kat belog.

Maka hari ini aku nak citer pasal MMS.
sebab aku selalu dapat call dari customer yang mengadu tak dapat terima atau hantar mms.

Biasanya solutionnya adalah amat kacang.
Aku send 1 mms setting kat dia, dia save setting tu as a default.
restart the phone and try to send 1 mms to his or her own number.
setel.

Tapi ada jugak customer mengadu yang selama ni dia boleh hanta mms, tapi ada 1 gambar ni bila dia try to send kat kawan dia, tak lepas. Kalau hanta gamba lain boleh.
Kesimpulan dari masalah dia adalah amat simple.
Begini, demi memudahkan pemahaman, meh aku bagi contoh la.
If you are sending a 60KB mms to your friend's mobile phone that supports a maximum of 45KB, then the message will not go through. The mms akan terdeleted dari system and will not be directed to his/her mms store account. Maka dengan itu, adalah penting untuk kita tahu samada kawan kita punye phone dapat menyapot atau tidak mms yang kita send tu. kalau tak dapat tampung, pandai2 la kau kompreskan gambar tu atau mungkin suruh kawan kau beli phone lain. wah. suka2 je kan. 
Ok. baik. setel.

Sampai sini sahaja.

Gudebai!

Thursday, April 21, 2011

Free KFC Voucher

Tadi masa ngah godek2 website hitz.fm terjumpa free voucher dari KFC.
Cakap banyak pon tak guna.
Nah hambik kau!

Ni online voucher, jadi boleh print banyak mana yang kau suka.

atau boleh pegi link nih Online Voucher
atau boleh pegi kat website Hitz.fm , usha side bar belah kanan
atau boleh pegi kat website KFC

Ok gudebai!

KFC Snax

Ok kali ni mukadimah tak nak meraban2.. straight to the point!
aku suka makan kfc. Jadi hari ni nak tolong kfc buat promotion sikit. Sikit ja, tak banyak.

KFC ada card yang sangat best yang boleh dapat secara percuma yang di panggil sebagai KFC SNAX
Cakap banyak pon tak guna. Kau tengok sendiri iklan kat bawah ni.
Barang baik yang free! Hambik kau!


5 syarat untuk buat maksiat

Apa dah buang tebiat si timun laut nih, pagi-pagi lagi da post entry pasal syarat buat maksiat.
Aip aip aip...jangan salah faham.. jangan buat spekulasi tanpa arah,
Nak tau apa syarat? Meh baca sikit.
Article ni aku jumpe masa godek2 iLuvIslamVeryStrong!!
Article telah dikopiDanPastryPaste dengan penuh hikmah dan kesopanan.
Sejajar dengan itu, pembaca tidak perlu risau, kerana tiada kemerepekan yang berlaku didalam article.

Saya mulakan dengan, Bismillahhhhh.....

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. 
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." 
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." 
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, 
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, 
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," 
kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. 
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. 
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. 
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" 
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, 
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" 
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" 
kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, 
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." 
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, 
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" 
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. 
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." 
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. 
Air matanya bercucuran. 
"Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah."
katanya sambil terisak-isak.

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang
tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat
penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah
kesempurnaan iman Abul Qasim Al-Junaid


              



Sunday, April 17, 2011

Dalam Librari

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?


-A.Samad Said-


p/s : Aku minat puisi2 A.Samad Said. Penuh seni, bersulam makna. Gua salut!

Saturday, April 16, 2011

Resepi Pizza!

Hari ni tetiba rasa macam nak cakap pasal resepi la pulak.
Aku ni masak tak bape gheti sangat (ceh mengaku!) tapi idok la teruk sgt.. tau la gak sikit2..
Resepi ni aku belajar dari Makcik aku. Beliau ni memang selalu ambik tempahan pizza.
Kadang2 dah macam pizza hut dah ak tengok rumah dia tu.
Bila aku datang je tengah masak pizza, bila datang je dah ada pizza atas meja.. Ini macam baru la anak buah sayang.. eiceh.




Bahan-bahan ( Ini aku bagi bahan utk 8 kpg bulatan yang berukuran 26 cm )

1 kg tepung gandum
2/3 cwn gula pasir (6 sudu makan)
1 bungkus yis segera mauripan(11gm)
1 botol mineral kecil air suam(500 ml)
1 sudu besar rata garam
cili sos secukupnya
1 bungkus atau lebih sosej lembu @ ayam-di hiris
1 tin nenas ring dlm tin-dipotong kasar
bawang besar-potong dadu
cendawan butang dlm tin
mayonise lady's choice secukupnya
1/2 cawan butter @ majerin

Cara-caranye

  1. campurkan garam,gula & air suam2 kuku hingga larut.
  2. campurkan yis & tepung rata2.
  3. Dsc01420
     ramas dgn hujung jari butter bersama tepung td.tambah dgn air garam suam,agak2 la,uli hingga menjadi doh yg kenyal & licin.air tu x semestinya habis diguna.bila dh kenyal,bahagi doh jd 8 ketul.tutup dgn kain nipis yg lembab.biar ia mengembang lebihkurang 1 jam.
  4. Dsc01446
     ambil seketul doh,gelek atas permukaan yg ditabur sedikit tepung menjadi nipis lalu diletakkan diatas tutup periuk yg telah disapu mentega.sapu setiap permukaan doh leper tadi dgn cili sos rata2.biar ia mengembang sekali lg.(lebih kurang 1 jam @ lebih.x payah tutup.
  5. Dsc01430
     panas kan oven 170'c. tabur soseg,nenas & apa2 bahan yang kau suka. sebab pizza ni mengamalkan konsep "pizza kau, sukahati kau lah nak taruk apa"
  6. masukkan mayonise dlm plastik,gunting satu bucu nya.(gunting sikitje utk mayo keluar.pastu pancitkan secukup rasa keatas pizza kita...(Kalau suka, kau pancit kan sikit cili sos)
  7. Dsc01460
     bolehlah dibakar hingga msak. Makcik aku cakap, kalau kau bakar garing sikit..mayo tu akan mengeras & menghasilkan rasa yg mabeles! Dan ia terbukti berkesan! saya sendiri merasainya! (testimoni jujur dari anak buah beliau)
    dan nk check dasar roti pun mudah,angkat je ngn pisau sikit. 
  8. Bolehlah di potong 8. Tapi kalau kau nak potong patblas ke lima ke dua ke, itu terserah kepada nafsu kau.

9. Makan tu ingat sikit kat jiran-jiran. Sebab tu aku bagi bahan untuk 8 keping pizza. Pesanan ikhlas dari Cik Timun Laut. eiceh! 

p/s : Makcik aku juga seorang yang rajin menghapdet resepi beliau di www.myresipi.com. Kalau korang rasa kekuarangan idea untuk memasak, buleh cekedaut website tu.

Thursday, April 14, 2011

Maxis : Android Phones!

Assalamu'alaikum!
Ya, saya masih mengepost entry mengenai maxis.
Yes, I know, it's a boring topic but i have to do this to gagah perkasakan lagi my product knowledge.

So today aku nak ceghita pasal Android phones yang maxis tawarkan.

Ada 12 jenis phone yang maxis tawarkan iaituuuuuuuuuuuuuu

1. SONY ERICSSON XPERIA ARC
2. SONY ERICSSON XPERIA X8
3. HTC DESIRE Z
4. HTC DESIRE
5. HTC WILDFIRE
6. SAMSUNG GALAXY 3
7. HUAWEI IDEOS U8150
8. NEXUS S
9. MOTOROLA CHARM
10. MOTOROLA FLIPOUT
11. MOTOROLA BACKFLIP
12. MOTOROLA DEFY

Step nak beli amatlah senang,
1. Pilih phone yang kau minat
2. Pilih rate plan yang kau suka (value plus 50 / 80 /150 / 250 /500 )
3. Pilih data plan yang kau rasa sesuai untuk kau (500MB / 1.5GB / 3GB)
4. Pilih berapa lama nak ikat contract ngan maxis ( 12 / 18 / 24 month)

Untuk peringatan, pembelian hanya boleh dibuat di maxis center sahaja k.

Oh ya, kepada mereka yang tidak begitu jelas dengan apa itu android,
Meh aku citer sikit.

Android adalah sejenis mobile operating system developed by Google. It is totally open source, dan ada banyak app best2 on the Android market. It also come with pre-loaded Google service yang macam kita selalu guna like Gmail, Google Maps and Youtube. Everything you need, just a tap away =)
To find out more about menatang Android nih, sila google sendiri hendaknya. Aku malas nak cerita lebih2. hehe.

Kalau aku rajin, kang aku update satu-satu pasal 12 Android phones yang maxis ada k.

Sampai disini, adios!

Maxis : Value Extras!

Assalamu'alaikum.
Di pagi yang indah ini aku nak buat review sikit pasal product maxis yang kami panggil sebagai
VALUE EXTRAS!

Jika melihat kepada perkataan itu sendiri dapat lah kita sedia maklum bahawa product ini punya value dan value dia adalah berganda, banyak dan macam best.
Ok bukan macam best, tapi memang best!

Jadi saya mulakan review saya kali ini dengan Bismillahhh...

Maxis memperkenalkan 4 service di dalam Value Extras.

1. Extra Nite
2. Extra Ten
3. Extra SMS
4. Extra Weekend

Jadi memula aku  nak cite pasal

Extra Nite
Kalau korang ni jenis yang suka bergayut tengah-tengah malam..
Suka telefon aweks isteri atau suami  sambil baring-baring atas katil, pandang tingkap dan memerhati bulan di waktu malam.. oh romantiknyeee.. ececeh...
Ha..memang plan ni sesuai sangat lah untuk kau.
Nama pon Extra Nite, maka kau akan dapat value berganda at nite atau dalam ejaan yang sebetulnya Night.
Aku pon ta paham nape maxis nak eja night as nite. Bajet da moden habes la tu. ptuih! eh tetiba.
Ok back to the topic!
Kalau kau ambik Extra Nite nih, kau akan dapat diskaun potongan 50% untuk setiap voice or video call yang kau buat kepada no maxis.
Aku bagi contoh : Kalau sebelum nih call rate kau adalah 10sen, kalau kau ambik extra nite, call rate kau akan jadi 5sen. Kalau call rate kau adalah 15 sen maka dia akan jadi..errrr 15 bahagi 2 berapa ek? arrghh pandai2 la kau kira. Tak kan asik aku je yang nak tolong kirakan ye dok? (alasan sebab aku pon malas nak kira hehe)
Dan adalah ingin aku tekan kan disini bahawasanya Extra Nite ini hanya berjalan dari
hari Isnin sampai Jomaat
dan dari pukul 9 malam hingga 7 pagi sahaja.

Next!

Extra Ten
Kalau kau ni jenis kawan sejati, setia dan bersahabat siang dan malam tanpa jemu,
maka plan ni memang sesuai sangat untuk kau.
Sebab kau boleh pilih 10 number kawan yang kau suka, yang mana nombor2 yang kau selalu hubungi la..
Tapi nombor haruslah nombor maxis. kalau kau taruk no digi ke celcom memang tak jalan der.
Ok bila da pilih nanti, the benefit is, kau akan enjoy 8sen/minit rate and 1sen/sms.. Call rate ini berjalan tak kira masa mahupon hari.. Memang sepanjang masa, selagi kau subcribe extra ten nih, kau akan dapat enjoy rate yang murah macam aku cakap kat atas tu.
Extra Ten ini juga sesuai untuk mereka yang punya skandel yang ramai. ececeh..

Extra SMS
Are you a big fan of SMS? if yes, than this service is totally fit you best! Kalau kau subcribe untuk service nih, kau akan dapat 500 SMS untuk dihantar kemana-kemana nombor yang kau suka.
Service ini juga amat sesuai untuk mereka yang memegang jawatan sebagai class rep.
Sebab class rep ni selalu kena update budak2 kelas dia kalau kelas batal ke, tukar jadual ke atau tukar kelas kannn.. maka mmg sesuai sangat lah utk kau ambik service nih. 500 sms kau guna la sampai lebam

Extra Weekend
Kalau kau memang jenis yang cuti sabtu ahad, dan masa sabtu ahad tu banyak di habiskan dengan menghubungi kaum kerabat yang jaoh mahupon dekat,
maka this service is totally for you!
Sebab kalau kau subcribe service nih, kau akan dapat potongan 50% untuk setiap call kau.
Dia lebih kurang macam extra nite la, tapi yang best pasal extra weekend nih, sepanjang hujung minggu tu kau dapat diskaun. Bermaksud, dari pagi sampai la ke malam. Ha telepon la kau sampai lebam. murah2.. memang berbaloi baloiiiiii

Seperti yang kita semua ketahui, mana ada benda free dalam dunia ni ye dok?
Maka untuk segala service yang aku bagi tau kat atas tadi, dia punya charge adalah RM8 a month!
Kira kau boleh guna service itu untuk sebulan.
Kang da habis, kau subcribe la balik.
Tak susah pon nak subcribe, kau boleh buat kat *100# atau kalau kau nak feeling2 macam raja,
kau suruh ja customer service maxis buat.
Kau call ja diorang, kompem diorang gembira nak tolong subcribekan untuk korang.
kompemmmmm.....

Baiklah sampai disini sahaja.

Good day!

Wednesday, April 13, 2011

Maxis : iPhone 4

Sebagai seorang pekerja maxis yang berdedikasi dan berdisiplin, adalah menjadi 1 kewajiban bagi aku untuk tahu akan segala promotion yang maxis sedang jalankan.. dan adalah menjadi satu kelemahan bagi aku bila promotion itu berkaitan dengan device..

Jadi oleh itu, demi me'solid'kan lagi pengetahuan aku tentang device yang maxis tawarkan, aku nak buat entry spesel mengenai device2 nih.. Jadi hari ni, aku mulakan dengan, iphone 4!

Maxis sekarang nih tengah tawarkan 2 jenis iphone 4.
1. iPhone 4 32GB
2. iPhone 4 16GB


Dan untuk pengetahuan semua, hanya 2 warna sahaja yang ditawarkan, iaitu black & white.
Kalau kau datang maxis center dan mintak iphone warna hijau ke, pink air laut, kelabu2 taik ayam ke, memang diorang tak layan. Possibility untuk kau kena gelak secara berjemaah juga agak tinggi, maka aku warning awal2, memang tak ada ya adik-adik.


Bersama ini, aku lampirkan ngan gambar sekali. Baru berselera sikit orang nak baca ye dok?





Antara kelebihan kau beli iphone kat maxis ini adalah


1. Gerenti ori!
Dan antara sebab kenapa customer suka beli kat maxis sebab ni lah. Tak ada keraguan, memang sahih dan kompeemmmm baekkk punyeeee


2. Lebih Murah
Kalau kau usha rega kat market skang, utk iphone 4 32GB, RM2590 dan untuk iphone 4 16GB, RM2190.
Tapi kalau kau beli kat maxis, kau dpt beli iphone 4 serendah RM1090 (utk 32GB) dan RM790 (16GB)
Murah tak? Murah tak? Ok itu tak cukup best lagi, ini lagi best... Kau boleh dapat iphone 4.. wait for it......
SECARA PERCUMA!!! yaaaa.. percuma bebeh! atau omputih kata, FREE!
Tapi kau jangan ingat kau boleh senang2 dapat free okey. Kau kena hambik maxis punya plan dulu.. Dan harga yang aku cakap kat atas tadi tu pon bergantung kepada plan dan kontrak yang kau ambik.
Untuk keterangan lanjut, PEGI KAT SINI

3. Handphone kau dapat perlindungan sempurna daripada Maxis
Kalau kau ikat kontrak 2 tahun ngan maxis, maka 2 taun la maxis menatang iphone kau bagai minyak yang penuh. Kalau kau punya iphone tetiba buat hal padahal baru beli, kau boleh datang maxis lepastu mengamuk macam orang gila, dan kemungkinan dapat iphone baru pon agak tinggi. Tapi ini semua bergantung lah pada keadaan iphone kau yang rosak tu. Tapi kalau takat rosak sikit-sikit tu tak payah la nak gelabah nak ngamuk-ngamuk kan.. aku tampa kang baru tau. eh.

Dan kalau kau macam tak gheti nak guna iphone tu kan..macam x gheti nak mms ke, nak soft reset ke, nak macam2 la tapi tak gheti kan, Maka kau boleh call maxis customer service, agent-agent diorang memang penyabar orangnya. Diorang memang akan guide kau dari A to Z.. and maxis juga ada special department untuk iphone.. dimana kalau kau ada problem ngan iphone kau tu, diorang boleh guide kau untuk trouble shooting lalu phone ja.
Dan service diorang ni memang terbaik lah. korang jangan risau. Pekerja maxis semua bagos2.. (eiceh!)

4. Errr.. rasanya tu je kot.
Ok aku dah tak ada idea untuk bagi tau apa kelebihan beli iphone kat maxis. Sebab sebenarnya aku pon bukan gheti sangat, ni aku tulis apa yang aku masih ingat la sikit2 masa dengau taklimat pasal iphone aritu.. Orang bg taklimat, aku memanjang tido. eh bukan, TERtido..hehe

Untuk tahu mengenai specification mengenai iphone, korang boeh refer Dekat SINI

Keranamu Malaysia!

Peeerrgghh... tajuk entry tak menahan.. 'Keranamu Malaysia'
Sungguh patriotik sekali tajuk entry gua kali ini. vangga vangga... ececeh..

Baiklah!

Harini tak tau la kenapa tetiba semangat patriotism aku melonjak-lonjak!
Jadi demi mengekpreskan semangat patriotism di hati sanubari ku ketika ini, maka aku nak letakkan lirik lagu 'keranamu malaysia' kat belog aku.
Barulah belog ini kelihatan lebih berilmiah dan berwawasan.

Baiklah!

Cakap banyak pon tak guna, maka dengan ini, saya mempersembahkannnn.....


Lirik Lagu Patriotik – Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga 

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

(Ulang dari rangkap yang memula sekali)

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia!

ps1 : Aku tengah downlod lagu ni dan nak masukkan dalam mp3 aku. Macam ni baru betul2 'true' rakyat malaysia!

ps2: Saya bangga saya rakyat malaysia! vangga vangga! yeaah!!

ps3: Ok otak macam tak betul je hari ini. sampai disini sahaja. Nnt aku rajin aku update lagi wokey! gudebai!