Thursday, April 21, 2011

5 syarat untuk buat maksiat

Apa dah buang tebiat si timun laut nih, pagi-pagi lagi da post entry pasal syarat buat maksiat.
Aip aip aip...jangan salah faham.. jangan buat spekulasi tanpa arah,
Nak tau apa syarat? Meh baca sikit.
Article ni aku jumpe masa godek2 iLuvIslamVeryStrong!!
Article telah dikopiDanPastryPaste dengan penuh hikmah dan kesopanan.
Sejajar dengan itu, pembaca tidak perlu risau, kerana tiada kemerepekan yang berlaku didalam article.

Saya mulakan dengan, Bismillahhhhh.....

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. 
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." 
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." 
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, 
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, 
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," 
kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. 
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. 
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. 
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" 
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, 
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" 
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" 
kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, 
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." 
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, 
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" 
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. 
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." 
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. 
Air matanya bercucuran. 
"Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah."
katanya sambil terisak-isak.

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang
tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat
penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah
kesempurnaan iman Abul Qasim Al-Junaid


              



No comments: