Saturday, May 28, 2011

Syukur!

Assalamu'alaikum..


Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi, di atas limpah kurnianya saya telah mendapat kerja setelah dua minggu menganggur dengan jayanya. Alhamdulillah! syukran2..


Kedua, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, sepupu sepapat, mokcik pokcik serta ibu bapa tercintas di atas segala sokongan serta dorongan yang hebat dari kamu semua. Terima kaseyyy!!! i love you muah muah!


Ketiga, saya berharap saya dapat melakukan yang terbaik dalam kerjaya saya yang baru ini. Semoga niat saya bekerja tidak terpesong dan sentiasa utuh, kukuh, gagah, solid, kental, perkasa, aum aummm!! Kerana sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat bak kata Rasulullah s.a.w.
:: Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ' Hanyasanya amalan2 itu adalah (bergantung) kepada niat, & hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah & RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah & RasulNya. Dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' ::


Sekian sahaja dari saya.


ewah3..amacam? sopan tak entry aku kali nih? keh keh keh
.
Saya sudahi entry ini dengan serangkap pantun!


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah janganlah tunjukkan aja, ajarkan la sekali!
ilebiu!

4 comments:

Chikebum Buzz said...

salam ..congratulation cik timun ..semoga menjadi pekerja yg cemerlang .. demi nusa dan bangsa.. ( ah tetibe ) ..

pe pun ...INGAT !! jangan blogging waktu keje ..hahaha .. =P nantie niat terpesong .. =P weeee!

p/s : keje mane ??? ada kosong.. ?? hahaha ..

sheila said...

tahniah...

akak pun (eh aku ni akak ke?) start keje baru besok..sangat nervous.

pssssttttt...
ko kat area mana ni??

Timun Laut said...

Chikebum Buzz :
Sebagai seorang pekerja yang berilmiah, saya mmg tak akan buat bw semasa bekerja. Malah saya juga seorang yang berdedikasi lagi berhemah tinggi. (hamboi..tetiba memuji diri sendiri kan, macam nak kena pukul. huhu). nway, thanks 4 da advice. Bekerja di ttdi. banyak kosong kak. klu nak bleh roger saya =)

Timun Laut said...

Kak Sheila :
Saya umo 22taun, tapi sebab belum besday lagi maka wajib lah mengaku diri masih lagi 21 taun hehe.

Nak bisik gak. pssssttt..duk area subang =)