Saturday, May 28, 2011

Syukur!

Assalamu'alaikum..


Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi, di atas limpah kurnianya saya telah mendapat kerja setelah dua minggu menganggur dengan jayanya. Alhamdulillah! syukran2..


Kedua, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, sepupu sepapat, mokcik pokcik serta ibu bapa tercintas di atas segala sokongan serta dorongan yang hebat dari kamu semua. Terima kaseyyy!!! i love you muah muah!


Ketiga, saya berharap saya dapat melakukan yang terbaik dalam kerjaya saya yang baru ini. Semoga niat saya bekerja tidak terpesong dan sentiasa utuh, kukuh, gagah, solid, kental, perkasa, aum aummm!! Kerana sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat bak kata Rasulullah s.a.w.
:: Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ' Hanyasanya amalan2 itu adalah (bergantung) kepada niat, & hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah & RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah & RasulNya. Dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' ::


Sekian sahaja dari saya.


ewah3..amacam? sopan tak entry aku kali nih? keh keh keh
.
Saya sudahi entry ini dengan serangkap pantun!


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah janganlah tunjukkan aja, ajarkan la sekali!
ilebiu!

Tuesday, May 17, 2011

Sabar

Janganlah kamu takut untuk mendaki,
Kerna di puncak itu punya kenikmatan yang tak terungkap.


Janganlah kamu takut jika terjatuh,
Kerna kesakitan itu punya kenikmatan yang tersembunyi.


Sungguh untung orang beriman,
setiap kesakitan di kifarah dosa,
setiap kesedihan punya kenikmatan,
setiap ketentuan punya hikmah..


Maka bergembiralah orang-orang yang sabar.

Kata Tuhan: ‘Dan Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah, 155)


Maka,
Sabar la hoi! (kataku kepada diri sendiri)


dan berbahagialah! =)

Nukilan

Jangan jadi seteguh karang, kerana seteguh-teguh karang kan mati jua akhirnya, malah tika hidup pun ada yang kecewa, terdampar di pantai masih berwarna.
Jadilah seteguh masa, tidak menoleh kebelakang walau seketika. Tidak kecewa dan berundur walau apa jua. Tidak henti ke hadapan walau apa jua rintangan.


Nukilan: Aidi Aswadi

Saya tidak kenal siapa dia Aidi Aswadi.
Terjumpa nukilannya di blog Encik Hafez Iftiqar. Katanya, nukilan seorang sahabat.
Jatuh cinta dengan penulisannya, Jadi saya abadikan di blog saya =)
Err..tak salahkan?
Encik Aidi Aswadi, saya mintak izin!

p/s : penulisan seindah ini, saya jeles! dan saya suka!

Monday, May 16, 2011

Kisah Tauladan

::Kisah Abdul Gaffar dan Kambing::


"eh banyak pulak cengkadak kau kan" Kata Abdul Gaffar dengan nada yang agak kebengangan. Lalu Abdul Gaffar pon mencabut sebatang tiang letrik dan membalingnya ke arah kambing itu. Lantas kambing itu bertukar menjadi harimau dan menggigit kepala lutut Abdul Gaffar. Abdul Gaffar menangis dan terus berlari pulang ke rumah.. 


-The End- 


Moral of the story : 


Sayangi lah binatang.


“ Sesungguhnya Allah S.W.T sudah menetapkan agar berlaku ehsan kepada semua . Apabila kamu hendak membunuh , maka perelokkkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih , hendaklah perelokkan cara menyembelih “ Riwayat Muslim no.5167


“ Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran “  Hadith riwayat Bukhari , Muslim dan Ahmad


“ Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya) Hadith riwayat Bukhari , Ahmad dan Ibn Majah


-Kasihanilah sesiapa sahaja yang ada di bumi ini , nescaya kalian akan dikasihi oleh yang ada di langit-


Sekian, terima kaseyy!



p/s : errr sila abaikan cara penyampaian mesej dan fokus kepada intipati mesej itu ya. i love u!

Tuesday, May 10, 2011

Multimedia Message (MMS)

Sebenarnya agak banyak kelebihan yang aku dapat semasa bekerja di maxis.
Antaranya aku dapat belajar bagaimana untuk buat troubleshoot kalau customer punya masalah dengan device, network and service. Jadi bagi untuk mengelakkan aku lupa benda-benda yang aku belajar di maxis, maka adalah lebih baik aku kongsi benda tu kat belog.

Maka hari ini aku nak citer pasal MMS.
sebab aku selalu dapat call dari customer yang mengadu tak dapat terima atau hantar mms.

Biasanya solutionnya adalah amat kacang.
Aku send 1 mms setting kat dia, dia save setting tu as a default.
restart the phone and try to send 1 mms to his or her own number.
setel.

Tapi ada jugak customer mengadu yang selama ni dia boleh hanta mms, tapi ada 1 gambar ni bila dia try to send kat kawan dia, tak lepas. Kalau hanta gamba lain boleh.
Kesimpulan dari masalah dia adalah amat simple.
Begini, demi memudahkan pemahaman, meh aku bagi contoh la.
If you are sending a 60KB mms to your friend's mobile phone that supports a maximum of 45KB, then the message will not go through. The mms akan terdeleted dari system and will not be directed to his/her mms store account. Maka dengan itu, adalah penting untuk kita tahu samada kawan kita punye phone dapat menyapot atau tidak mms yang kita send tu. kalau tak dapat tampung, pandai2 la kau kompreskan gambar tu atau mungkin suruh kawan kau beli phone lain. wah. suka2 je kan. 
Ok. baik. setel.

Sampai sini sahaja.

Gudebai!