Thursday, April 14, 2011

Maxis : Value Extras!

Assalamu'alaikum.
Di pagi yang indah ini aku nak buat review sikit pasal product maxis yang kami panggil sebagai
VALUE EXTRAS!

Jika melihat kepada perkataan itu sendiri dapat lah kita sedia maklum bahawa product ini punya value dan value dia adalah berganda, banyak dan macam best.
Ok bukan macam best, tapi memang best!

Jadi saya mulakan review saya kali ini dengan Bismillahhh...

Maxis memperkenalkan 4 service di dalam Value Extras.

1. Extra Nite
2. Extra Ten
3. Extra SMS
4. Extra Weekend

Jadi memula aku  nak cite pasal

Extra Nite
Kalau korang ni jenis yang suka bergayut tengah-tengah malam..
Suka telefon aweks isteri atau suami  sambil baring-baring atas katil, pandang tingkap dan memerhati bulan di waktu malam.. oh romantiknyeee.. ececeh...
Ha..memang plan ni sesuai sangat lah untuk kau.
Nama pon Extra Nite, maka kau akan dapat value berganda at nite atau dalam ejaan yang sebetulnya Night.
Aku pon ta paham nape maxis nak eja night as nite. Bajet da moden habes la tu. ptuih! eh tetiba.
Ok back to the topic!
Kalau kau ambik Extra Nite nih, kau akan dapat diskaun potongan 50% untuk setiap voice or video call yang kau buat kepada no maxis.
Aku bagi contoh : Kalau sebelum nih call rate kau adalah 10sen, kalau kau ambik extra nite, call rate kau akan jadi 5sen. Kalau call rate kau adalah 15 sen maka dia akan jadi..errrr 15 bahagi 2 berapa ek? arrghh pandai2 la kau kira. Tak kan asik aku je yang nak tolong kirakan ye dok? (alasan sebab aku pon malas nak kira hehe)
Dan adalah ingin aku tekan kan disini bahawasanya Extra Nite ini hanya berjalan dari
hari Isnin sampai Jomaat
dan dari pukul 9 malam hingga 7 pagi sahaja.

Next!

Extra Ten
Kalau kau ni jenis kawan sejati, setia dan bersahabat siang dan malam tanpa jemu,
maka plan ni memang sesuai sangat untuk kau.
Sebab kau boleh pilih 10 number kawan yang kau suka, yang mana nombor2 yang kau selalu hubungi la..
Tapi nombor haruslah nombor maxis. kalau kau taruk no digi ke celcom memang tak jalan der.
Ok bila da pilih nanti, the benefit is, kau akan enjoy 8sen/minit rate and 1sen/sms.. Call rate ini berjalan tak kira masa mahupon hari.. Memang sepanjang masa, selagi kau subcribe extra ten nih, kau akan dapat enjoy rate yang murah macam aku cakap kat atas tu.
Extra Ten ini juga sesuai untuk mereka yang punya skandel yang ramai. ececeh..

Extra SMS
Are you a big fan of SMS? if yes, than this service is totally fit you best! Kalau kau subcribe untuk service nih, kau akan dapat 500 SMS untuk dihantar kemana-kemana nombor yang kau suka.
Service ini juga amat sesuai untuk mereka yang memegang jawatan sebagai class rep.
Sebab class rep ni selalu kena update budak2 kelas dia kalau kelas batal ke, tukar jadual ke atau tukar kelas kannn.. maka mmg sesuai sangat lah utk kau ambik service nih. 500 sms kau guna la sampai lebam

Extra Weekend
Kalau kau memang jenis yang cuti sabtu ahad, dan masa sabtu ahad tu banyak di habiskan dengan menghubungi kaum kerabat yang jaoh mahupon dekat,
maka this service is totally for you!
Sebab kalau kau subcribe service nih, kau akan dapat potongan 50% untuk setiap call kau.
Dia lebih kurang macam extra nite la, tapi yang best pasal extra weekend nih, sepanjang hujung minggu tu kau dapat diskaun. Bermaksud, dari pagi sampai la ke malam. Ha telepon la kau sampai lebam. murah2.. memang berbaloi baloiiiiii

Seperti yang kita semua ketahui, mana ada benda free dalam dunia ni ye dok?
Maka untuk segala service yang aku bagi tau kat atas tadi, dia punya charge adalah RM8 a month!
Kira kau boleh guna service itu untuk sebulan.
Kang da habis, kau subcribe la balik.
Tak susah pon nak subcribe, kau boleh buat kat *100# atau kalau kau nak feeling2 macam raja,
kau suruh ja customer service maxis buat.
Kau call ja diorang, kompem diorang gembira nak tolong subcribekan untuk korang.
kompemmmmm.....

Baiklah sampai disini sahaja.

Good day!

3 comments:

Anonymous said...

Situasi: Kol kul 10mlm hari isnin ke no 123 maxis (contoh) dan no 123 ni jugak aku set extra ten. Normal rate aku 12sen/minit. Klau aku subscribe extra nite dgn extra ten sekali brapa rate aku dapat untuk call per minit.???

Timun Laut said...

kalau kau subcribe extra ten, call rate akan jadi 8sen/minit and extra nite dpt potongan 50% so kau akan dicharge utk 4sen per minit. sila call maxis contact center utk keterangan lanjut k. aku takot silap sebab da lame x keja maxis. hehe.

Anonymous said...

so kalau buat extra night, saya bayar rm8 saya dapat 50% hari isnin sampai jumaat selama sebulan?