Wednesday, April 13, 2011

Maxis : iPhone 4

Sebagai seorang pekerja maxis yang berdedikasi dan berdisiplin, adalah menjadi 1 kewajiban bagi aku untuk tahu akan segala promotion yang maxis sedang jalankan.. dan adalah menjadi satu kelemahan bagi aku bila promotion itu berkaitan dengan device..

Jadi oleh itu, demi me'solid'kan lagi pengetahuan aku tentang device yang maxis tawarkan, aku nak buat entry spesel mengenai device2 nih.. Jadi hari ni, aku mulakan dengan, iphone 4!

Maxis sekarang nih tengah tawarkan 2 jenis iphone 4.
1. iPhone 4 32GB
2. iPhone 4 16GB


Dan untuk pengetahuan semua, hanya 2 warna sahaja yang ditawarkan, iaitu black & white.
Kalau kau datang maxis center dan mintak iphone warna hijau ke, pink air laut, kelabu2 taik ayam ke, memang diorang tak layan. Possibility untuk kau kena gelak secara berjemaah juga agak tinggi, maka aku warning awal2, memang tak ada ya adik-adik.


Bersama ini, aku lampirkan ngan gambar sekali. Baru berselera sikit orang nak baca ye dok?





Antara kelebihan kau beli iphone kat maxis ini adalah


1. Gerenti ori!
Dan antara sebab kenapa customer suka beli kat maxis sebab ni lah. Tak ada keraguan, memang sahih dan kompeemmmm baekkk punyeeee


2. Lebih Murah
Kalau kau usha rega kat market skang, utk iphone 4 32GB, RM2590 dan untuk iphone 4 16GB, RM2190.
Tapi kalau kau beli kat maxis, kau dpt beli iphone 4 serendah RM1090 (utk 32GB) dan RM790 (16GB)
Murah tak? Murah tak? Ok itu tak cukup best lagi, ini lagi best... Kau boleh dapat iphone 4.. wait for it......
SECARA PERCUMA!!! yaaaa.. percuma bebeh! atau omputih kata, FREE!
Tapi kau jangan ingat kau boleh senang2 dapat free okey. Kau kena hambik maxis punya plan dulu.. Dan harga yang aku cakap kat atas tadi tu pon bergantung kepada plan dan kontrak yang kau ambik.
Untuk keterangan lanjut, PEGI KAT SINI

3. Handphone kau dapat perlindungan sempurna daripada Maxis
Kalau kau ikat kontrak 2 tahun ngan maxis, maka 2 taun la maxis menatang iphone kau bagai minyak yang penuh. Kalau kau punya iphone tetiba buat hal padahal baru beli, kau boleh datang maxis lepastu mengamuk macam orang gila, dan kemungkinan dapat iphone baru pon agak tinggi. Tapi ini semua bergantung lah pada keadaan iphone kau yang rosak tu. Tapi kalau takat rosak sikit-sikit tu tak payah la nak gelabah nak ngamuk-ngamuk kan.. aku tampa kang baru tau. eh.

Dan kalau kau macam tak gheti nak guna iphone tu kan..macam x gheti nak mms ke, nak soft reset ke, nak macam2 la tapi tak gheti kan, Maka kau boleh call maxis customer service, agent-agent diorang memang penyabar orangnya. Diorang memang akan guide kau dari A to Z.. and maxis juga ada special department untuk iphone.. dimana kalau kau ada problem ngan iphone kau tu, diorang boleh guide kau untuk trouble shooting lalu phone ja.
Dan service diorang ni memang terbaik lah. korang jangan risau. Pekerja maxis semua bagos2.. (eiceh!)

4. Errr.. rasanya tu je kot.
Ok aku dah tak ada idea untuk bagi tau apa kelebihan beli iphone kat maxis. Sebab sebenarnya aku pon bukan gheti sangat, ni aku tulis apa yang aku masih ingat la sikit2 masa dengau taklimat pasal iphone aritu.. Orang bg taklimat, aku memanjang tido. eh bukan, TERtido..hehe

Untuk tahu mengenai specification mengenai iphone, korang boeh refer Dekat SINI

5 comments:

Zue Sancer said...

hahhahahhah....sy follower anda yg ke 31 muaheheheh~~~amboi!!!bg maxes baru taok aku. aku nak campak no ni

Timun Laut said...

Oit. follower yg ke 31 mendenyee.. kau bukan da lama ke jd follower aku? ngee.. zue buat lawak ke zue oii.. huhu

Ashrules said...

ni nak tye pasai iphone 4s baru kuaq plak tu camner dah tau ke rate dia. plan dia...nak tau gak bpa paling murah boleh dapat iphone 4s tu..cue citer

Ashrules said...

ni nak tye pasai iphone 4s baru kuaq plak tu camner dah tau ke rate dia. plan dia...nak tau gak bpa paling murah boleh dapat iphone 4s tu..cue citer

Timun Laut said...

mintak mahap la cik mashitah oii.. da lame benti keja dari maxis, jadi tak dapat nak citer detail huhu