Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Money says Earn me forget everything, 


Time says follow me forget everything, 


Future says struggle for me forget everything. 


"ALLAH" simply says only remember Me and I will Give you everything. 


SALAM MAAL HIJRAH everyone. 


p/s : sekarang ni aku nak buat entry pendek2 je. asal cukup syarat. saya adalah sibuk. sibuk. sibuk. sibuk. (ok macam tak de motif je kan nak ulang perkataan sibuk tu banyak2 kali) ok bye. sila jaga diri masing2!


Yang ikhlas sangat,
Timun Laut.

Sunday, October 9, 2011

Susah hati

Adik-adik,

"Susah Hati dengan sebab dunia akan menghitamkan hati
Susah Hati dengan DOSA akan memancarkan CAHAYA"

Jadi adik-adik,
kalau adik-adik nampak akak tengah susah hati sebab dunia contohnye seperti kerja,
silalah berikan tamparan wanita terhebat di abad ini pada akak dan katakan ayat diatas kepada akak ya.
sebab akak ni sering lalai dik, bila da kena lempang baru nak sedor agaknya. 
suka benau nak susah hati dan membebankan kepala hotak sendiri dengan perkara-perkara dunia. 
macam la hidup kat dunia ni lama beno ye dok.

ok akak nak pesan tu ja.
sekian,

pen merah,
pen biru,
you marah,
i love you.

p/s : kadang-kadang, satu tamparan itu lebih bermakna dari patblas juta kata-kata.


Saturday, May 28, 2011

Syukur!

Assalamu'alaikum..


Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi, di atas limpah kurnianya saya telah mendapat kerja setelah dua minggu menganggur dengan jayanya. Alhamdulillah! syukran2..


Kedua, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, sepupu sepapat, mokcik pokcik serta ibu bapa tercintas di atas segala sokongan serta dorongan yang hebat dari kamu semua. Terima kaseyyy!!! i love you muah muah!


Ketiga, saya berharap saya dapat melakukan yang terbaik dalam kerjaya saya yang baru ini. Semoga niat saya bekerja tidak terpesong dan sentiasa utuh, kukuh, gagah, solid, kental, perkasa, aum aummm!! Kerana sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat bak kata Rasulullah s.a.w.
:: Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ' Hanyasanya amalan2 itu adalah (bergantung) kepada niat, & hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah & RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah & RasulNya. Dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' ::


Sekian sahaja dari saya.


ewah3..amacam? sopan tak entry aku kali nih? keh keh keh
.
Saya sudahi entry ini dengan serangkap pantun!


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah janganlah tunjukkan aja, ajarkan la sekali!
ilebiu!